Hari Kerjaya di Pertonas Fertilizer Kedah (PFK)

20/06/2008 10:17

Semalam Khamis (19/06/08) - Satu hari kerjaya telah diadakan di PFK anjuran Petrosains. Penganjuran Hari Kerjaya ini sangat menarik dan banyak memberi maklumat kepada para pelajar. Program ini bermula pada 9.00 pagi dan tamat pada pukul 5.00 ptg. Program ini telah di hadiri oleh 4 buah sekolah utama (30 ke atas) iaitu SMKASik, SMK Gulau, SMK Kuala Ketil dan SMK Seri Enggang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program tersebut. Antaranya, personaliti test iaitu satu test untuk mengetahui sama ada personaliti kita itu sesuai atau tidak dengan dengan  [ersonaliti kita. selain itu terdapat 3 orang speaker telah dijemput untuk memberi penerangan mengenai kerjaya mereka dan pengalaman mereka berkerja dengan  PETRONAS. Yang pertama Cik NorMinshah yang merupakan pegawai dari Unit Biasiswa Petronas (ESU). Beliau banyak menceritakan mengenai cara untuk memohon biasiswa PETRONAS.

Antara cara dan syarat biasiswa PETRONAS ialah :

  • Ada dua , Untuk ting 1-6 dan IPT (luar negara dan dalama negara)
  • Untuk ting 1-6 hendaklah melalui guru biasiswa sekolah, tidak beleh secara terus ke PETRONAS.
  • Untuk major program, biasiswa boleh diminta bagi IPTA seperti UIA, UM, UKM (universiti terpilih sahaja) dan untuk Universiti Teknologi Perronas serta universiti luar negara.
  • Permohonan di buka terlalu terhad iaitu beberapa hari selepas keputusan SPM keluar dan di tutup seminggu kemudian. Kemudian satu maklum balas akan diterima dan kita akan dipanggil untuk ditemuduga
  • Temu duga dilakukan dalam 2 cara iaitu solo dan berkumpulan (4 orang). Dalam 4 orang hanya seorang akan di pilih. Jadi pemohon perlu bersungguh-sungguh  kerana  pemberian biasiswa terlalu terhad. Temuduga di jalankan di dalam bahasa Inggeris sahaja. Meraka bukan sahaja menguji kepemimpinan malah tolak ansur yang ada dalam diri iaitu tidak mementingkan diri ketika bercakap.

Antara kelebihan biasiswa PETRONAS ialah :

  • Selepas tamat belajar akan terus berkerja dengan PETRONAS (macam hutang , setahun kita dapat biasiswa PETRONAS= 2 tahun bekerja dengan PETRONAS). Contoh kalau kita belajar di IPT selamat 3 tahun, maknanya kita kena bekerja dengan PETRONAS selama 6 tahun. Kalau kita hanay nak bekerja selama 5 tahun di PETRONAS maka kita kena bayar jumlah 1 tahun yang kita masih hutang tersebut.
  • Gaji berkerja di PETRONAS tak lah rendah sangat, sama sahaja dengan sektor swasta ynag lain.
  • Biasiswanya termasuk elaun bulanan, laptop percuma, elaun buku, yuran pengajian (semua semester) dan lain-lain lagi.

 

    Selepas itu Cik Puteri pula memberi penerangan mengenai kerjayanya sebagai geosaintis (mengkaji dan mengenalpasti tempat2 yg berpotensi mempunyai telaga minyak). Gaji dia x yah cakap r, memang dahsyat2 semua. Selepas itu pula taklimat daripada seorang Petroleum Engineer Cik Zyrin. Sorang perempuan yg cukup sopan bekas pelajar SM Seri Puteri Cyberjaya dan merupakan lulusan sebuah university di Australia. Kerjayanya memang sangat mencabar dan sudah tentulah risiko yang ditanggungnya sanya besar. Namun, apabila risikonya besar maka lagi besarlah pendapatannya.

    Pada sebelah petang pula ada beberapa aktiviti eksprimen sains dan kuiz ' hang man' dan program berkahir sekitar pukul 5.15 petang.

    Untuk maklumat lanjut layari : http://www.petronas.com.my