Hari Koperasi SMKA Sik

26/06/2008 21:05

Seperti tahun-tahun lain, Sambutan Hari Koperasi SMK Agama Sik tetap diadakan seperti biasa. Program ini bermula pada Hari Selasa dengan pertandingan Petanque. Pada hari Rabu pula [25/06/08] pula telah didakan pertadingan Menghias Sandwich. Pertandingan ini telah diadakan pada pukul 11.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 12.00 tgh hari. Sebanyak 6 buah kumpulan lelaki telah menyertai pertandingan ini dan jua 6 buah kumpulan perempuan.

Hasan dan Bakar - JOHAN Lelaki

Hafizi dan Umar - Naib JOHAN Lelaki

Alif dan Alhafiz - Ketiha Lelaki

Pada masa yang sama juga, 'Tressure Hunt' juga telah diadakan pada sebelah petang bersempena 'ENGLISH WEEK'. Seperti kebiasaan apabila sebut sahaja Terssure hunt di SMKAS, sudah tentulah ia melibatkan KLU dan BULI sebelum dapat Klu. Jadi, yg menang sudah tentulah Form 5. haha....Keputusannya masih belum tahu lagi..

Pada hari Khamis pula [26/06/08] telah diadakan Majlis Penutupan Sambutan hari Koperasi Peringkat SMKAS. Acara diadakan di Dewan Makan Asrama. Bermula kira-kira pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada puku; 9.00 pagi. Acara dimulakan nyanian lagu negaraku seterusnya pembacaaan perutusan daripada YDP ANGKASA dan sebagainya.

Sebagai simbolik kepada majlis ini, satu upacara simbolik menanam pokok telah diadakan dan disempurnakan oleh Tuan Pengetua, PK 1 dan PK HEM. Majlis bersurai dan gerai jualan di buka di dataran kejat Sekolah.

Gerai-gerai jualan mula dibuka pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tgh hari.