Kejohanan Olahraga Tahunan SMKAS

13/02/2009 09:55

Khamis (12 Februari 2009) telah diadakan Kejohanan Olahraga Tahunan SMKAS. Tahun ini satu rekod kemenangan yang baru telah dicatatkan oleh Rumah Kinabalu (Merah) apabila mereka muncul juara keseluruhan. Tempat kedua pula Rumah Jerai (Biru) diikuti Rumah Tahan (Hijau) di tangga yang ketiga dan Rumah Ledang (Kuning) di tempat terakhir. Acara perbarisan rumah sukan pula dimenangi oleh Rumah Ledang yang menggunakan slogan "Kuning Pantang Kalah". Manakala bagi acara perbarisan unit beruniform pula dimenangi oleh pasukan Kadet Remaja Sekolah. Rumah Ledang juga turut membolot hadiah utama bagi acara perhiasan khemah. Tetamu yang merasmikan kejohanan olahraga ini ialah ADUN Belantek. Pada tahun ini, Kinabalu banyak memecah rekod pada tahun-tahun yang sebelumnya seperti lompat jauh L1, 100 meter L2, 4*100 meter L2 dan banyak lagi. Olahragawan tahun ini dari Rumah Kinabalu manakala olahragawati dari Rumah Jerai. (Akan ditambah maklumat)