Merentas Desa

23/01/2009 15:07

Pada 22 Januari (Khamis) yang lalu, telah diadakan acara merentas desa. Acara ini masih menggunakan trek yang lama yang jauhnya kira-kira 5km. Para pelajar dilepaskan berasing asing mengikut kumpulan. L1 dilepaskan pada pukul 8.00 diikuti L2 pada pukul 8.05. Kemudian P1 dilepaskan pada pukul 8.10 dan akhir sekali P2 pada pukul 8.15. Johan bagi kategori L1 ialah Muhd Fauzan Hanif (Ting. 5) dari rumah Merah dan bagi kategori L2 pula johannya ialah Muhammad Zulhasif (Ting. 3) juga dari rumah Merah. Keputusan bagi kategori P1 dan P2 tidak diketahui. Seperti tahun-tahun sebelumnya, rumah Merah telah mengumpul mata yang paling banyak bagi kategori L1 dan L2. Selepas acara merentas desa, satu ceramah mengenai Ma`al Hijrah telah diadakan di dewan besar sekolah. Ceramah ini berakhir pada pukul 11.30. Pembahagian bubur asyura turut diadakan pada hari tersebut. Para pelajar dibenarkan pulang pada pukul 2.10.