Team Nasyid SMKAS akan buat persembahan sempena Majlis Tilawah Alquran Kebangsaan

05/07/2008 16:19

Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Nasyid SMKAS, Hanania, akan membuat persembahan pada hari kedua Majlis Tilawah Al-Quran (hari Selasa). Mungkin masuk TV kot (live). Pakat-pakat la tgk. Majlis ini diadakan di Dewan Wawasan Jitra, Kedah. Dan sejurus selepas membuat persembahan ini, Hanania akan terus bertolak ke Terengganu Darul Iman untuk menyertai Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan (sekolah2 KPM). Marilah kita berdoa agar Team Nasyid SMKAS akan beroleh kemenangan. Tahun ini adalah kali ke-3 SMKAS layak ke Kebangsaan.